Assalamualaikum. Hai!

Yang dah lama follow saya di sosial media, mesti dah tahu pasal kerja freelance sebagai penulis upahan yang saya buat ni. Sebagai seorang penulis blog, dunia penulisan sangat sebati dengan jiwa saya. 

Saya mula menulis di blog peribadi Blog Shahada Fauzi sejak tahun 2009 lagi. Topik penulisan saya adalah berkisarkan hidup sendiri dan juga general. Personal & Lifestyle Blogger adalah tagline yang saya gunakan sejak dulu sebagai branding diri dalam dunia blog. 

Bila dah lama dalam bidang penulisan blog, saya berjinak-jinak pula dengan dunia ghostwriter - menulis bagi pihak orang lain tanpa dikreditkan kepada saya. Semuanya bermula pada tahun 2019, 10 tahun selepas banyak menulis di blog peribadi sendiri.


Servis ghostwriter


Menjenamakan Servis Penulisan 

Disebabkan saya mahu lebih serius dalam bidang ghostwriter ini, jadi saya decide untuk menjenamakan servis penulisan saya. SF The Ghostwriter adalah jenama untuk kerjaya saya sebagai penulis upahan. SF tu maksudnya Shahada Fauzi, nama saya sendiri. 

Selain nickname SF The Ghostwriter, tagline pun kena ada. Untuk servis ni, saya gunakan tagline simple je iaitu Penulis Upahan Pilihan Anda. Client je yang boleh decide kenapa nak pilih saya sebagai penulis upahan. 

Dan bila nak jenamakan servis, sudah tentulah logo juga penting. Ya. Seperti yang tertera dalam artikel ni, itulah logo branding untuk servis penulisan saya. 

Laman web ini juga dibuat sebagai salah satu platform untuk menjenamakan servis penulisan saya. InsyaAllah akan lebih banyak artikel tentang bidang penulisan yang akan dikongsikan di sini. 


Berminat Nak Bekerjasama Dengan Saya? 

Untuk makluman, saya bekerja dari rumah sahaja sebagai freelancer. Jadi cabaran dia tu fuhhhh boleh keluar peluh jantan. Sebabnya saya masih kena fokus dengan kerja hakiki sebagai seorang surirumah dan juga sebagai freelance designer

Jadinya, pada yang berhajat nak guna perkhidmatan saya yang jari-jemari bersakti bila menulis ni memang wajib ada tahap kesabaran yang super tinggi tau. Sejujur nya saya berterus terang yang saya memang tak ambik kerja menulis rushing. Saya menulis santai-santai je. Takmau tekanan. Baru la hasil penulisan saya meletop-letop. Gituuu. Perasan sangat! Hihi.

Tapi InsyaAllah saya cuba deliver sebaiknya. Dan tentulah akan ada timeline supaya saya tak terkejar-kejar. Kita boleh je deal sampai jadi okay! 

Terima kasih pada semua clients yang pernah berurusan dengan saya. Anda semua memang super cool sebab boleh sabar dengan cara santai saya buat kerja. Pada yang bakal nak jadi clients tu pun harapnya lagi awesome  tahap kesabaran tu. Hihi. Love ya!

Love
SF The Ghostwriter 
Penulis Upahan Pilihan Anda